Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia memaklumkan rangkaian 3G di negara ini akan ditamatkan sepenuhnya pada 31 Disember ini. Pengguna telefon bimbit atau peranti 3G diingatkan segera beralih ke rangkaian 4G. Penamatan rangkaian 3G merupakan usaha kerajaan untuk meningkatkan liputan jalur lebar yang lebih menyeluruh dan berkualiti tinggi di bawah inisiatif Jalinan Digital Negara (JENDELA).

Pendekatan bertujuan mengguna semula spektrum sedia ada bagi mengukuhkan rangkaian 4G serta membolehkan penyedia rangkaian mudah alih meningkatkan ketersambungan digital dan memberi pengalaman 4G lebih baik.

Setakat 30 September, 94 peratus kawasan berpenduduk mempunyai akses 4G, dengan perkhidmatan jalur lebar mudah alih pada kelajuan 31.34 megabit sesaat.          

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini