Satu rangkaian sindiket pengedaran rokok tidak bercukai di sekitar Batu Pahat, Johor tumpas.

6,000 batang rokok tidak bercukai bernilai 5,298 ringgit dirampas di Jalan Sungai Buluh, Minyak Beku, Batu Pahat, Johor, tengah hari kelmarin.

Turut ditahan, seorang lelaki berumur 34 tahun ketika sedang mengedar rokok di kawasan berkenaan.

Pegawai Pemerintah, Batalion 5 Pasukan Gerakan Am (PGA), Simpang Renggam, Supritendan Dimin Awang memaklumkan, siasatan awal mendapati, suspek dipercayai bertanggungjawab membekalkan rokok tidak bercukai di kedai runcit sekitar kawasan Batu Pahat.

Jumlah rampasan termasuk sebuah kenderaan dianggarkan bernilai RM45,298.

Kes disiasat mengikut Seksyen 135(1) Akta Kastam 1967. 

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini