Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg dalam ucapannya sempena Pelancaran Citrawarna Keluarga Malaysia 2022 berharap jurang pembangunan antara Sarawak dan Semenanjung dapat dirapatkan.

Tujuannya agar rakyat negeri itu dapat sama-sama memanfaatkan kemakmuran sebagai Keluarga Malaysia. Beliau optimis ia mampu dicapai di bawah pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob agar Sarawak tidak ketinggalan dalam aspek pembangunan.
 
Menyentuh tentang Citrawarna Keluarga Malaysia 2022, katanya Sarawak terutama Kuching mempunyai kekuatan tersendiri sebagai penganjur. Sebagaimana objektifnya mempromosikan pelbagai budaya di Malaysia dan perpaduan dalam kepelbagaian rakyat kepada masyarakat luar.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini