Merapatkan jurang pembangunan di antara negeri-negeri dan jurang pendapatan antara kelompok masyarakat.

Itu menjadi antara fokus Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed selepas dipilih semula untuk memegang jawatan tersebut di bawah pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri ismail Sabri Yaakob.

Perancangan jangka sederhana dan jangka panjang telah dirangka untuk meningkatkan aspek pembangunan ekonomi terutama di 6 buah negeri terkebelakang.

Selain itu, isu keperluan asas penduduk terutama di kawasan luar bandar seperti bekalan air, elektrik dan infrastruktur digital juga antara yang akan diberi tumpuan.

Mengulas mengenai sasaran 100 hari kementerian, pihaknya akan memfokuskan kepada penyediaan Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) yang akan dibentangkan di parlimen pada sidang dewan rakyat akan datang.

Selain itu, pihaknya juga akan memuktamadkan perancangan belanjawan pembangunan 2022 dengan kerjasama Kementerian Kewangan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini