Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Ras Adiba Radzi mencadangkan 16 perkara bagi memperkasa komuniti orang kurang upaya (OKU).

Ia bagi dimasukkan ke dalam Pelan Tindakan OKU yang tamat tahun depan serta memulakan proses menyediakan Pelan Tindakan OKU 2023-2030, yang lebih berfokus.

Antara cadangan adalah merealisasikan penaiktarafan Jabatan Pembangunan OKU serta menyegerakan pindaan Akta OKU 2008.

Selain itu, beliau juga mencadangkan peluasan kategori OKU kepada penyakit jarang jumpa dan albino, serta menyediakan peruntukan khas dan penubuhan Tabung Amanah Penyakit Jarang Jumpa dalam Belanjawan akan datang.

Ujar beliau lagi menerusi slogan Keluarga Malaysia, adalah diharapkan usaha memperkasakan komuniti ini akan dilipatgandakan melalui peruntukn dan program sewajarnya.

Beliau turut menyambut baik usaha Perdana Menteri menetapkan sasaran setiap kementerian yang perlu membuktikan pencapaian awal dalam tempoh 100 hari pertama.

Dalam pada itu, beliau berharap Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) agar dapat menyegerakan proses pendaftaran OKU yang belum berdaftar.

Sehingga 20 Jun lalu hanya 580,633 individu OKU berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini