Mahkamah Tinggi Johor Bahru memerintahkan bekas Exco Johor, Datuk Abdul Latif Bandi membela diri terhadap 37 pertuduhan rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan RM35.7 juta , empat tahun lepas.

Hakim Datuk Abu Bakar Katar memutuskan Mahkamah Sesyen telah terkhilaf dalam keputusannya dua tahun lalu yang melepas dan membebaskan Datuk Abd Latif, anaknya Ahmad Fauzan Hatim dan perunding hartanah Amir Shariffuddin Abd Raub.

Ketiga-tiga mereka menghadapi pertuduhan membabitkan rasuah mengikut Seksyen 28 (1) (C) Akta SPRM 2009 yang dibaca bersama Seksyen 16(a)(B).

Mereka turut didakwa mengikut Seksyen 32(8)(c) dan Seksyen 89 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLA) 2001.

Mahkamah membenarkan ketiga-tiga tertuduh diikat jamin RM1.1 juta dengan cagaran tanah bagi kesemua pertuduhan. 14 November sebutan semula kes.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini