Kementerian Pendidikan sedia untuk mewujudkan budaya tidak bertoleransi terhadap rasuah dalam bidang pendidikan. Menterinya Dr Maszlee Malik berkata pihaknya akan memberi kerjasama penuh kepada SPRM dalam perkara berkenaan. Pihaknya juga berhasrat menjemput Ketua SPRM Latheefa Koya bagi mengadakan perbincangan lanjut ke arah merealisasikan cadangan mewujudkan budaya tidak bertoleransi terhadap rasuah dalam pendidikan. Sekaligus, mencapai matlamat Malaysia bebas rasuah.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini