Pengurus syarikat direman lima hari bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah hampir RM1 juta. Perintah reman bermula hari ini dikeluarkan Majistret Mohamed Redza Azhar Rezali selepas membenarkan permohonan yang dikemukakan SPRM Selangor.

Menurut sumber, lelaki berusia 50 tahun itu ditahan di Kuala Lumpur, petang semalam. Siasatan awal mendapati suspek dikatakan meminta dan menerima wang berjumlah kira-kira RM840,000 secara tunai dan pindahan dalam talian sejak Julai hingga September lalu.

Suapan kononnya sebagai ‘wang pelindungan’ agar tidak diambil tindakan oleh pihak penguatkuasa atas kesalahan melibatkan pekerja kilang tersebut. Pengarah SPRM Selangor, Datuk Alias Salim mengesahkan penahanan tersebut.                                

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini