Ratusan pelajar universiti di Sulaymaniyah, Iraq mengadakan protes menuntut kerajaan tempatan kembali membuat pembayaran elaun yang telah dipotong sejak beberapa tahun lalu.

Pertembungan antara pelajar dan pihak keselamatan berlaku pada Selasa apabila gas pemedih mata terpaksa digunakan untuk menyuraikan mereka.

Elaun yang memanfaatkan kewangan pelajar itu di gantung oleh pihak berkuasa Kurdish susulan berdepan kos perang menentang Daesh pada 2014 selain penurunan hasil minyak.

Tahun ini pihak berkuasa memperoleh hasil yang lebih tinggi berbanding tahun-tahun sebelumnya kerana lonjakan dalam harga minyak.

Pelajar universiti di wilayah Kurdish pernah mendapat elaun bulanan sebanyak AS$30 untuk pelajar yang berasal dari wilayah berkenaan. Manakala AS$50 untuk pelajar dari lain-lain kawasan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini