Beratus-ratus rumah dikhuatiri musnah dalam kebakaran hutan di negeri Colorado,  Amerika Syarikat.

Sekurang-kurangnya 1,600 ekar kawasan terbakar di daerah Boulder.

Sheriff daerah, Joe Pelle berkata, dianggarkan 370 rumah di pekan Sagamore dijilat api.

Terdapat kemungkinan, 210 lagi rumah di bandar lama Superior juga terbakar.

Api turut merebak ke pusat beli belah Target, manakala Hotel Element dilaporkan musnah sama sekali.

Pihak berkuasa menjangkakan terdapat kematian dan kecederaan, berikutan kadar populasi di kawasan kebakaran sangat padat, selain kebakaran berlaku dalam skala besar.

Lebih 33,000 orang telah diarah berpindah.

Kebakaran yang digelar ‘Marshall Fire’ itu disifatkan yang terburuk dalam sejarah Colorado.

Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan menyifatkan ia, situasi yang mengancam nyawa.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini