Susulan kenyataan menghina Nabi Muhammad SAW oleh ahli politik India.

Ratusan rakyat di Iran berkumpul di Universiti Tehran bagi menunjukkan bantahan terhadap kenyataan menghina Nabi Mohammad SAW.

Penunjuk perasaan membawa bendera dan sepanduk serta mengisytiharkan ‘tanda merah’ terhadap penghinaan tersebut.

Selain mendengar ceramah agama, penunjuk perasaan turut bermunajat besar-besaran untuk kesejahteraan umat Islam di seluruh dunia.

Sementara itu, Kerajaan India menyekat akses internet di Bengal bagi meredakan protes besar-besaran umat Islam di kawasan tersebut.

Keputusan dibuat atas nasihat polis bagi meredakan ketegangan selain berusaha menyekat penyebaran maklumat palsu yang berisiko mencetuskan huru-hara lebih besar.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini