Hujan paling lebat dalam tempoh beberapa dekad mengakibatkan banjir dan tanah runtuh di selatan China, memaksa ratusan ribu orang berpindah.

Hujan lebat menyebabkan laluan air membesar secara berbahaya di kawasan rendah lembangan Sungai Pearl sejak beberapa hari lalu, yang mengancam operasi pembuatan, kapal dan logistik ketika rantaian bekalan sudah sedia tertekan susulan kawalan ketat China terhadap COVID-19.

Pusat Meteorologi Kebangsaan China melaporkan, purata hujan di wilayah Guangdong, Fujian dan Guangxi antara awal Mei dan pertengahan Jun mencapai 621 milimeter (mm), tertinggi sejak 1961.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini