Hampir 4,000pesakit menerima rawatan dadah gantian metadon di semua hospital dan klinik kesihatan seluruh negeri Terengganu sejak dibuka akhir tahun 2007. Timbalan Pengarah Hospital Sultanah Nur Zahirah, Dr Harizah Hussain berkata, pendekatan secara menyeluruh digunapakai untuk merawat pesakit untuk mengurangkan tarikan akibat penagihan dadah.

Ia menggabungkan beberapa elemen rawatan seperti psikologi, sosial dan spiritual. Menerusi kaedah ini, pesakit kronik perlu menerima rawatan dengan pengambilan metadon setiap hari bagi mengurangkan ketagihan untuk tempoh 24 jam.

Terdahulu, Program Melestarikan keindahan Alam sekitar dilaksanakan dengan penglibatan lebih 20 peserta di Pantai Batu Burok, Kuala Terengganu.

Program ini antara klinik terapi Gantian Metadon HSNZ dalam usaha menyuntik semangat cintakan tanah air, Terengganuku tercinta. Selain membantu pesakit dengan pengambilan metadon, pesakit turut terlibat dalam aktiviti kemasyarakatan dan keagamaan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini