Setiausaha Agung BAM, Datuk Kenny Goh memaklumkan isu melibatkan juara remaja dunia Goh Jin Wei kini semakin hampir ke penghujungnya.

Jelas Datuk Kenny, isu tersebut akan diselesaikan dengan segera, selepas menerima rayuan Jin Wei, semalam.

Bagaimanapun Datuk Kenny memilih untuk tidak mengulas lanjut berhubung tempoh spesifik perkara itu akan diselesaikan.

Jin Wei sebelum ini berdepan tindakan tegas oleh BAM dengan tidakĀ  mendaftarkan beliau menyertai mana-mana kejohanan antarabangsa selama dua tahun selepas memilih meninggalkan badan induk tersebut.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini