Sehingga 2 November lalu, sepuluh negara anggota telah meratifikasi Perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP).

Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, negara terlibat telah melengkapkan syarat minimum ratifikasi dan tarikh mula kuatkuasa perjanjian, 1 Januari depan.

Namun, penguatkuasaan hanya terpakai ke atas sepuluh negara tersebut sahaja. Ini melibatkan Singapura, China, Jepun, Brunei, Kemboja, Laos, Thailand, Vietnam, New Zealand dan Australia. RCEP akan berkuatkuasa 60 hari selepas sekurang-kurangnya enam negara anggota ASEAN dan tiga Negara Rakan FTA ASEAN menyerahkan surat cara ratifikasi kepada Sekretariat ASEAN.

Seperti termaktub dalam Perjanjian RCEP, 60 hari selepas tarikh surat cara ratifikasi dihantar ke Sekretariat ASEAN, Perjanjian tersebut akan berkuatkuasa ke atas Malaysia. Beliau menjawab pertanyaan wakil Bukit Bendera, Wong Hon Wai.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini