Sebuah video tular memaparkan aksi seorang lelaki dipukul oleh dua orang rakannya sehingga menyebabkan adik perempuan lelaki tersebut menangis.

Ternyata aksi tersebut hanyalah satu gurauan untuk menyakat kanak-kanak comel itu.

Dia yang mula memberontak untuk dilepaskan ketika berada dalam pegangan salah seorang rakan abangnya, namun sejurus terlepas dia berlari mendapatkan abang kesayangannya itu.

Aksi kasih sayang dua beradik ini cukup mencuit hati para warganet apabila kanak-kanak itu bertindak memeluk abangnya sambil menangis teresak-esak.

Video yang memperoleh jumlah tontonan melebihi 6.9 juta itu turut mendapat komen yang melucukan daripada warganet.

Rata-rata warganet terhibur setelah menonton perkongsian video itu.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini