E-rebat hingga RM400 ditawarkan untuk pembelian barangan elektrik cekap tenaga berlabel empat atau lima bintang oleh Suruhanjaya Tenaga 2022.

Ia dilaksana Kementerian Tenaga dan Sumber Asli, menerusi Program Sustainability Achieved Via Energy Efficiency (SAVE) 3.0, mulai hari ini.

Menterinya – Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, program bertujuan menggalakkan lebih ramai pengguna elektrik melaksanakan amalan cekap tenaga

E-rebat itu hanya disedia untuk warganegara Malaysia yang merupakan pemilik akaun elektrik tarif domestik berdaftar dengan syarikat utiliti.

Antaranya,Tenaga Nasional Berhad, Sabah Electricity Sdn Bhd, Sarawak Energy Berhad dan NUR Power.

Ia terhad kepada satu akaun sahaja bagi pembelian untuk tahun ini berdasarkan konsep ‘siapa cepat, dia dapat’.

Pembelian boleh dilakukan secara fizikal di kedai elektrik dan pasar raya berdaftar ATAU menerusi platform e-dagang yang diiktiraf.

Penerima e-rebat bagi Program SAVE 2.0, tidak layak untuk memohon bagi kategori satu Program SAVE 3.0.


MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini