Penduduk terjejas banjir boleh membeli barangan elektrik dengan kemudahan baucar rebat RM500 di bawah program ‘Sustainability Achieved via Energy Efficiency’ (SAVE) bermula 7 Januari depan.

Menurut Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, terdapat kira-kira 1,400 premis perniagaan berdaftar meliputi premis fizikal serta platform e-dagang menawarkan pembelian menggunakan baucar rebat berkenaan.

Jelas beliau, berdasarkan data terkini, inisiatif melalui program SAVE ini akan memberi manfaat kepada 80,000 isi rumah dan jumlah itu akan dikemas kini dari semasa ke semasa.

Datuk Seri Takiyuddin memaklumkan perkara itu selepas mengumumkan pelaksanaan Pelan Hala Tuju Tenaga Boleh Baharu Malaysia (MyRER) di Putrajaya.

Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pemberian baucar pembelian peralatan elektrik untuk penduduk terjejas banjir.

Setiap ketua isi rumah yang layak boleh memohon dan mendapatkan baucar bernilai RM500 semasa membuat pembelian.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini