Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican memulakan tugas hari ini di kementeriannya di Putrajaya.

Beliau tiba pada pukul 8.30 pagi, disambut Ketua Setiausaha (KSU) kementerian, Datuk Zainal Abidin Abu Hassan.

Ketibaan beliau turut disambut warga kementerian yang lain disusuli bacaan doa.

Datuk Seri Reezal kemudian mengimbas kad perakam waktu sebelum masuk ke ruang pejabatnya di tingkat 18 bangunan KPKT.

Turut melapor diri, Timbalan Menteri, Datuk Seri Ismail Abdul Mutalib.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini