Regatta Antarabangsa Raja Muda Selangor, RMSIR edisi ke 31 kembali selepas tertangguh selama setahun akibat pandemik Covid-19. Bagaimanapun penganjuran kali ini hanya melibatkan 3 kategori kelas berbanding 7 pada edisi sebelum ini.

Tumpuan pastinya terarah kepada Rolf Heemskerk yang kembali untuk mempertahankan gelaran juara Kelas 1 dan bakal berdepan cabaran `Uranus’ daripada Angkatan Tentera Malaysia dan `Meraki’ daripada SSL Team Malaysia yang dikemudi pelayar Olimpik negara, Khairulnizam Mohd Afendy.

Saingan RMSIR 2021 yang telah berlangsung semalam bakal melabuhkan tirainya pada 18 Disember ini. Cabaran pada edisi kali ini bermula dari Perlabuhan Klang melalui Pulau Pangkor, Pulau Pinang dan destinasi terakhir Perlabuhan Kuah, Langkawi.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini