Rejim zionis Israel bertindak membuat serangan udara di beberapa kawasan di Semenanjung Gaza,malam tadi. Tentera Zionis mendakwa, ia kononnya sebagai tindak balas terhadap serangan bom belon sebelum ini. Penjajah bumi Palestin itu mengakui menyasarkan bengkel pembuatan roket Hamas, selain perkarangan tentera di Khan Younis. Bagaimanapun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Serangan itu didakwa hadir beberapa jam selepas bom belon dilancarkan terhadap kawasan yang dijajah Israel, sebagai tanda sokongan terhadap 6 warga palestin yang berjaya melepaskan diri dari penjara zionis.

Susulan itu, zionis bertindak mengesan keenam enam mereka sehingga ke kawasan Tebing barat. Antara yang meloloskan diri, Zakaria Zubeidi, 46 tahun yang ditahan sejak 2019.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini