157 warga tempatan termasuk dua remaja bawah umur, dikompaun RM1,000 seorang di Johor. Ia menerusi Ops Bersepadu Musim Perayaan dan Tahun Baharu, di dua pusat hiburan di Johor Bahru, Johor, antara 12.15 hingga 12.30 tengah malam tadi. Kedua-dua premis hiburan itu tidak mempunyai Lesen Hiburan Awam dan melanggar SOP pelan Pemulihan Negara fasa empat.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superitendan Mohd Sohaimi Ishak berkata, mereka yang dikompaun terdiri daripada 143 pelanggan, dua penjaga premis dan 12 pekerja berusia 16 hingga 66 tahun. Polis turut menahan 12 lelaki dan empat wanita warganegara asing.

Kes disiasat mengikut Seksyen 6(2) Enakmen Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan Negeri Johor, Perkara 17(1) Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan penyakit Berjangkit 2021, Seksyen 269 kanun keseksaan serta Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini