Seorang remaja berusia 18 tahun cuba meletupkan dirinya di sebuah biara di bandar Serpukhov di selatan Moscow, Rusia, semalam.

Bagaimanapun, individu tersebut tidak terbunuh sebaliknya mengakibatkan seorang lagi remaja 15 tahun cedera.

Kementerian Dalam Negeri Rusia memberitahu remaja berkenaan masuk ke premis gimnasium Orthodox di biara Vvedenskiy Vladychniy dan meletupkan dirinya.

Siasatan masih dijalankan dan  maklumat berhubung mangsa lain sedang diperincikan.

Sekurang-kurangnya tujuh individu cedera dalam serangan berkenaan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini