Remaja yang dimandikan seperti “jenazah” kerana cuba mencuri tabung masjid, akan dibantu selepas dia selesai menjalani hukuman. 

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad berkata, Daniel Iskandar, 19 tahun perlu dibantu kerana dia bukan sahaja masih muda malah mempunyai latar belakang sukar sehingga terjerumus dalam kancah dadah.

Datuk Dr Abdul Latiff juga mengarahkan Majlis Penyalahgunaan Dadah Malaysia (MASAC) supaya mengesan Daniel untuk dibantu. 

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini