Tindakan seorang remaja lelaki berusia 19 tahun mengguna dan mempamer nombor pendaftaran palsu pada motorsikal yang ditunggangnya membawa padah.

Pembantu kedai itu ditahan dalam Ops Motorsikal di sekitar kawasan Jeneri-Pasir Putih di daerah Sik, Kedah, lewat petang semalam.

Ketua Polis Daerah Sik, DSP Abdull Razak Osman berkata, pihaknya menahan sebuah motorsikal jenis Yamaha Y15 ditunggang seorang remaja yang menggunakan nombor pendaftaran belakang bertulis “#PLAYERCUTOFF @_.hamiezan”.

Motorsikal tersebut dirampas untuk siasatan lanjut.

Remaja terbabit disiasat di bawah Seksyen 108 (3) (f) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Seksyen 29 (1) Akta Kesalahan Kecil 1955.

Dalam operasi itu juga, 140 individu berusia 13 hingga 25 tahun telah diperiksa dan 123 saman telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan.

Antaranya, tiada lesen memandu, lesen memandu tamat tempoh, lesen kenderaan motor tamat tempoh, ubahsuai kenderaan, dan nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi yang ditetapkan.

Selain itu, 14 buah motorsikal turut disita.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini