Seorang remaja berusia 18 tahun mendedahkan keadaan badannya yang tidak dapat menyimpan lemak kerana menghidapi sindrom yang sangat jarang di dunia.

Dylan Lombard dari Glasgow, Scotland menghidap sindrom MDP atau dikenali sebagai Mandibular Hypoplasia, with Deafness and Progeroid Features.

Sindrom berkenaan telah menghalang tisu lemak daripada disimpan di bawah kulit.

Difahamkan, hanya 16 individu di dunia ini termasuk Lombard menghidap sindrom MDP.

Sindrom MDP turut mengakibatkan keadaan rahang bawah kecil, telinga pekak dan kulit menjadi tegang.

Lombard kini giat menyebarkan kesedaran mengenai sindrom MDP dan kisah hidupnya menerusi platform media sosial. 

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini