Seorang remaja Palestin berusia 16 tahun mati ditembak pasukan keselamatan Israel di Kota Lama Baitulmaqdis Timur.

Remaja berkenaan ditembak mati selepas berlaku pergelutan dengan dua anggota polis.

Kejadian dikatakan berlaku selepas berlaku insiden membabitkan penduduk Palestin dengan pihak berkuasa Israel di kawasan perumahan Issawiya.

Susulan kejadian, beberapa orang telah ditahan dan disoal siasat kerana disyaki mempunyai kaitan dengan remaja Palestin itu.

Anggota-anggota polis yang cedera itu masing-masing terdiri daripada lelaki dan wanita.

Pada mulanya, remaja Palestin itu ditembak seorang awam bersenjata ketika dia melalui tempat kejadian.

Bagaimanapun, dia ditembak sekali lagi oleh polis Israel dan sebelum terkorban di tempat kejadian.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini