Sekumpulan remaja Palestin melepaskan belon-belon berisi nota dan potret penduduk yang terkorban ketika pencerobohan dan kepungan 11 hari regim zionis terhadap Semenanjung Gaza pada Mei lalu.

Ia dilepaskan ke tanah Palestin yang dirampas Israel sebagai tanda protes terhadap kejadian tersebut, yang sehingga kini masih tidak mendapat pembelaan daripada mana-mana pihak.

Antara nota yang dikirim, tertera peringatan dan amaran agar regim zionis segera menghentikan semua penjarahan serta memulangkan semula tanah milik rakyat Palestin yang diambil secara paksa.

24 Ogos lalu, sekumpulan remaja lain turut melakukan tunjuk rasa sama bagi membantah kepungan yang diperkekat regim zionis.

Lebih 2 juta rakyat Palestin mendiami Gaza dengan keadaan daif akibat kepungan berterusan pihak negara haram Israel.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini