70 saman dikeluarkan Polis Kedah dalam Op Samseng Jalanan yang dilaksana sekitar kawasan Pendang, petang semalam.

Ia membabitkan pelbagai kesalahan antaranya tiada lesen memandu dan insurans, cukai jalan tamat tempoh.

Sebuah motosikal turut disita untuk siasatan lanjut.

Kenyataan Ketua Polis Daerah Pendang, DSP Arriz Sham Hamezah memaklumkan, 50 motosikal membabitkan 60 penunggang dan pembonceng diperiksa dalam operasi berakhir pukul 8 malam.

Majoritinya golongan remaja dan pelajar sekolah.

Ibu bapa diingat agar sentiasa memantau pergerakan anak-anak terutama pada cuti sekolah.

Ia bagi memastikan mereka tidak terjebak dengan kegiatan negatif termasuk rempit yang boleh membahayakan keselamatan dan mengganggu ketenteraman awam.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini