Polis menahan seorang remaja lelaki berumur 15 tahun kerana disyaki menikam abangnya dalam pergaduhan di bawah blok sebuah pangsapuri di Taman Putra Damai, Kelana Jaya, Selangor, semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata dalam kejadian kira-kira 12.08 tengah hari itu, mangsa berusia 24 tahun dan rakannya, 19 tahun, masing-masing cedera pada bahagian dada, perut dan belakang badan.

Siasatan awal mendapati kejadian berpunca apabila mangsa berang selepas mengetahui suspek menunggang motosikal tanpa pengetahuan kakaknya.

Rakan mangsa yang cuba meleraikan pergaduhan turut cedera akibat terkena pisau lipat berukuran empat inci yang digunakan suspek dalam kejadian itu.

Kedua-dua mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

Suspek yang tidak bersekolah itu ditahan sejurus selepas kejadian dan mempunyai rekod jenayah lampau. Kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini