Pendekatan baharu dilakukan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan MAFI dengan menjalin kerjasama strategik bersama ejen pemasaran luar negara bagi merancakkan lagi produk perusahaan kecil dan sederhana (PKS) menembusi pasaran antarabangsa.

MAFI melalui Pejabat Perwakilan Pertanian The Hague dan FAMA mempergiatkan aktiviti penerokaan pasaran di benua tersebut bagi meningkatkan nilai dagangan eksport produk agromakanan Malaysia di sana.

Permintaan ini merupakan kejayaan kepada syarikat PKS negara dalam suasana ekonomi semasa yang mencabar dan perjalanan antarabangsa yang masih terbatas.

Dalam pada itu, di bawah Rancangan Malaysia ke-12, pelbagai inisiatif kerjasama awam swasta dijalankan FAMA serta Bahagian Pembangunan Perniagaan dan Pelaburan MAFI untuk membawa produk tempatan ke luar negara.

Pelancaran pengeksportan produk syarikat World Prominence Sdn Bhd berlangsung di Batu Caves.

Sebanyak 787 karton produk rempah masakan pracampur jenama SUDEE dan Maznah menembusi pasaran United Kingdom dan Eropah.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini