Seorang lelaki berdepan lima pertuduhan membunuh dengan sengaja selepas  merempuh orang ramai di Waukesha, Wisconsin Amerika Syarikat.

Lima orang terbunuh dan mencederakan lebih 40 yang lain.

Siasatan awal tidak menemui bukti bahawa kejadian itu ada kaitan dengan serangan pengganas.

18 kanak-kanak berumur antara 3 hingga 16 tahun mengalami kecederaan.

Menurut pegawai polis,  10 daripada kanak-kanak itu berada di unit rawatan rapi dan enam yang lain dalam keadaan kritikal.

Polis memberitahu,  Suspek berusia 39 tahun tinggal di bandar Milwaukee, negeri Wisconsin .

Suspek Darrell Brooks mempunyai sejarah perlakuan jenayah dan dibebaskan dengan ikat jamin.  

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini