Pemilik sebuah restoran di Langkawi yang menjual hidangan siakap berharga RM1,196 seekor, diberi masa hingga Rabu ini untuk memberi penjelasan mengenai harga hidangan yang dijual.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Rosol Wahid berkata, pemilik restoran itu sebelum ini diberikan notis dan perlu menjelaskan harga makanan yang ditawarkan pada Khamis lalu.

Namun, dia hanya memberi harga secara keseluruhan kepada penguatkuasa kementerian. Sehubungan itu, tempoh lanjutan diberi untuknya mengemukakan maklumat terperinci, termasuk harga upah masak dan harga ikan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini