Bahan kitar semula, merupakan sumber yang boleh dijadikan fabrik dalam penghasilan pakaian berfesyen. Perkara itu terbukti apabila beberapa pemain industri memperagakan hasil karya mereka menerusi Kuala Lumpur Young Designer Award.

Platform berkenaan dilihat sebagai permulaan baik bagi menggalakkan penghasilan produk fesyen mesra alam dalam kalangan pereka muda.

Jelas Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, budaya kitar dan guna semula bahan mentah boleh dipupuk demi kelestarian dunia fesyen masa kini.

Beliau berharap ramai lagi individu kreatif seperti Datuk Rizalman Ibrahim, Datuk Bernard Chandran dan Datuk Jimmy Choo dilahirkan untuk meneruskan legasi industri fesyen negara.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini