Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengumumkan pelantikan bekas juara beregu dunia, Rexy Mainaky sebagai timbalan pengarah kejurulatihan badan induk berkenaan.

Dalam satu kenyataan, badan induk badminton negara itu berkata Rexy yang juga pemenang pingat emas Sukan Olimpik 1996, bakal bergandingan bersama Pengarah Kejurulatihan, Wong Choong Hann.

Kehadiran Rexy akan membantu dalam segi menambahkan lagi input teknikal di bahagian prestasi utama selain ditugaskan untuk meningkatkan prestasi pemain beregu negara.

Pakar beregu berusia 53 tahun itu akan melapor diri secara rasmi di Akademi Badminton Malaysia (ABM) di Bukit Kiara, 1 Disember ini.

Presiden BAM, Tan Sri Mohamad Norza Zakaria berkata, khidmat Rexy akan meningkatkan lagi prestasi pasukan bersama dengan Choong Hann serta barisan kejurulatihan yang lain.

Jelasnya, Rexy akan diberikan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) untuk menghidupkan dan memotivasi beregu muda negara dengan secara merta.

Rexy pernah menjadi jurulatih beregu negara sebelum menyertai Persatuan Badminton Thailand sebagai ketua jurulatih pada 2017.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini