Bekas juara dunia dan pemenang pingat emas Olimpik Rexy Mainaky enggan mensia-siakan peluang kedua yang diberikan kepadanya selepas dilantik sebagai Timbalan Pengarah Kejurulatihan, Persatuan Badminton Malaysia BAM berkuatkuasa Disember depan.

Menurut Rexy, beliau ingin membalas kepercayaan tersebut dengan membantu Malaysia meraih emas pertama Olimpik di Paris 2024.

Rexy yang merupakan ketua jurulatih Persatuan Badminton Thailand (BAT) sejak 2017 mendedahkan, program yang dilaksanakan BAM dalam misi meraih kejayaan di Paris 2024 dan Los Angeles 2028 ketika ini telah menarik perhatiannya untuk  menerima jawatan ditawarkan badan induk badminton negara itu.

Rexy berkata beliau akan berbincang bersama Pengarah Kejurulatihan BAM, Wong Choong Hann dan barisan kejurulatihan lain bagi mencapai misi berkenaan.

Jurulatih berusia 53 tahun itu sebelum ini pernah bersama BAM dengan membimbing beregu negara dari 2005 sehingga 2012. Antara produk yang pernah dilahirkannya ialah bekas pasangan nombor 1 dunia, Koo Kien Kiat- Tan Boon Heong.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini