Plus Malaysia Berhad (PLUS) dan Touch ‘n Go Group diminta membentangkan justifikasi harga jualan pelekat berkenaan susulan kos pelekat Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) yang didakwa mahal hingga membebankan pengguna.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, laporan terperinci mengenai perkara berkaitan akan dibentangkan kedua-dua pihak.

Beliau diminta mengulas mengenai isu RFID yang mula dilaksanakan 15 januari lalu.

Peralihan kepada sistem bayaran tol itu menjadi tular selepas PLUS menggantikan laluan Smart TAG kepada RFID dengan kos yang tinggi dan mengalami masalah penggunaannya.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini