Pelaksanaan pembayaran tol menggunakan teknologi Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) di laluan Juru, Pulau Pinang hingga Skudai, Johor di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) bermula 15 Januari depan mendapat reaksi berbeza pelbagai pihak.

Timbalan Presiden Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) Mohd Yusof Abdul Rahman berkata ia selaras dengan hasrat kerajaan untuk memodenkan pembayaran tol dan menambah baik pengurusan kesesakan di plaza tol.

RFID juga lebih mudah kerana pengguna boleh menambah nilai menerusi dalam talian.

Beliau turut bersetuju dengan pelaksanaan RFID secara berperingkat memandangkan tidak semua pengguna lebuh raya ketika ini mempunyai akses kepada tag RFID berikutan kurangnya maklumat mengenai sistem tersebut.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini