Ribuan anggota pasukan keselamatan Filipina dikerah menghantar makanan dan air ke pulau yang dilanda Taufan Rai.

Turut dihantar, bekalan perubatan kepada mangsa yang terselamat.

Setiausaha Pertahanan, Delfin Lorenzana memaklumkan, tentera diarah menggunakan semua aset yang ada.

Ini termasuk kapal, bot, pesawat dan trak untuk membawa barang bantuan ke kawasan terlibat.

Jentera berat termasuk jengkaut dan jentolak pula dihantar untuk membersihkan jalan.

Palang Merah turut menerbangkan bantuan ke pulau Siargao dan Bohol.

Bantuan tiba ketika badan amal merayu bantuan bagi ratusan ribu mangsa yang kehilangan tempat tinggal.

Sekurang-kurangnya 375 orang terbunuh dan ratusan cedera apabila Taufan Rai berkelajuan 195 kilometer sejam melanda wilayah selatan dan tengah kepulauan Filipina minggu lalu.

Lebih 400,000 berlindung di pusat pemindahan atau menumpang tinggal rumah saudara mara.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini