Ratusan ribu ikan ditemui mati susulan ribut salji yang melanda kawasan barat laut Greece minggu ini.
Kira-kira 50 tan bangkai ikan terapung di permukaan Lagun Richo di Tasik Drepano selepas suhu jatuh kepada 0 darjah Celsius.
Menurut saintis Jabatan Perikanan Greece, Konstantinos Perdikaris, keadaan cuaca sejuk telah menghalang ikan-ikan tersebut memasuki kawasan lebih dalam di lagun itu atau ke laut.
Ikan-ikan tersebut mati akibat kejutan terma.
Lagun berkenaan dilapor mengandungi kira-kira 600,000 ikan pelbagai spesis.