Ribuan ikan terdampar di Pantai Canggu, Bali dianggap petanda akan berlakunya gempa bumi.Menerusi video yang dikongsi Made Putra Arimbawa, kejadian itu berlaku malam kelmarin sebelum gempa bumi melanda bali pagi semalam.Video yang dimuat naik di Facebook menunjukkan ikan kecil melompat dan terdampar di tepi pantai.Sementara orang ramai berebut-rebut memungut ikan terbabit ke dalam plastik.Gempa bumi berukuran 6.0 pada skala Richter menggegarkan Bali menyebabkan kerosakan pada sejumlah bangunan di wilayah itu.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini