Seorang maut manakala beribu-ribu penduduk terjejas akibat ribut salji dan salji tebal yang melanda wilayah timur laut China.

Kematian dilaporkan di Mongolia, di mana kedalaman salji mencecah 59 sentimeter apabila ia turun tanpa henti selama 46 jam, paling lama dalam sejarah sejak 1951.

Ribut salji dan salji tebal turut menghalang lalu lintas dan memaksa penutupan sekolah serta penerbangan digantung.

Media tempatan melaporkan, kerja-kerja pembersihan salji tebal dijalankan selepas ribut semakin reda.

Pentadbiran Metereologi Pusat China berkata gelombang sejuk di wilayah itu dijangka berakhir namun, taburan salji dijangka turun pada skala lebih kecil. 

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini