Beribu-ribu penduduk berarak di Wellington, New Zealand bagi membantah sekatan dan mandat vaksin Covid-19.

Walaupun langkah berkurung yang diperkenalkan kerajaan terbukti mengawal jangkitan dan kematian, namun ia mendapat kritikan meluas sesetengah pihak terutamanya golongan antivaksin.

Mereka mendesak lebih banyak kebebasan diberikan, selain menamatkan mandat mewajibkan individu mengambil suntikan vaksin.

Penunjuk perasaan, kebanyakannya membuka topeng, berarak melalui daerah pusat perniagaan Wellington dan berkumpul di hadapan bangunan parlimen.

Keselamatan diperketatkan di luar parlimen dengan pintu masuk ditutup dan dikawal polis.

Di bawah tekanan yang semakin meningkat, Perdana Menteri Jacinda Ardern mengambil keputusan melonggarkan kebanyakan sekatan menjelang cuti Krismas.

Bagaimanapun pintu sempadan antarabangsa kekal ditutup kepada dunia luar.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini