Rakyat Amerika Syarikat berdepan isu pengangkutan udara ekoran lebih 2,000 penerbangan terpaksa dibatalkan susulan cuaca buruk selain peningkatan kes COVID-19.

Sabtu lalu, cuaca buruk susulan ribut salji Frida memaksa Southwest Airlines membatalkan 490 penerbangan pada pagi Ahad.

Pembatalan itu menimbulkan suasana huru-hara dalam kalangan penumpang terutama bagi mereka yang menggunakannya sebagai penerbangan penghubung untuk ke destinasi seterusnya.

Lapangan terbang lain yang turut terkesan adalah di Chicago,
Atlanta, Denver, Detroit, Houston dan Newark.

Dalam pada itu, ramai juruterbang dan anak kapal positif diuji COVID-19, susulan penularan varian Omicron.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini