Ribuan rakyat Belanda mengadakan tunjuk perasaan di Amsterdam semalam, membantah langkah sekatan dan arahan vaksinasi COVID-19 yang dikenakan di negara itu.

Kekecohan tercetus apabila berlaku pergelutan antara pihak polis dengan penunjuk perasaan.

Pihak berkuasa tempatan melarang perhimpunan berkenaan yang mempunyai petunjuk bahawa penunjuk perasaan merancang keganasan.

Bagaimanapun, arahan itu tidak diendahkan.

Penunjuk perasaan kebanyakannya tidak memakai pelitup separuh muka dan melanggar peraturan penjarakan sosial.

Mereka hadir dengan membawa kain rentang bertulis ‘Kurangkan penindasan dan lebih ambil berat’, selain slogan menuntut kebebasan. 

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini