Ribuan rakyat Tunisia berkumpul berhampiran parlimen negara itu pada Ahad untuk memprotes pengambil alihan kuasa presiden yang dianggap sebagai rampasan kuasa. Ia merupakan perhimpunan terbaharu memprotes keputusan Presiden Kais Saied pada 25 Julai untuk memecat kerajaan, menggantung parlimen dan merampas pelbagai kuasa.

Lebih 3,000 penunjuk perasaan berkumpul melaungkan “rakyat mahu menumpaskan rampasan kuasa dan Projek Kais adalah perang saudara”. Mereka menggelarkan presiden sebagai agen penjajah.

Beberapa pemimpin parti Ennahdha yang merupakan pemimpin utama dalam parlimen yang digantung, bersama-sama dengan penunjuk perasaan. Pada 22 September, Kais telah menggantung sebahagian daripada perlembagaan dan memerintah secara dekri.

Dia mengekalkan kawalan penuh ke atas badan kehakiman serta kuasa untuk memecat menteri dan membuat undang-undang. Kais yang dilantik pada tahun 2019 melakukan tindakan mengejutkan berikutan krisis sosio ekonomi diakibatkan oleh pandemik COVID-19.

Pesaingnya menuduh dia cuba memerintah secara diktator, sedekad selepas pemberontakan Tunisia pada 2011 yang menggulingkan diktator Zine El Abidine Ben Ali. Namun penyokong presiden berkata langkah itu perlu selepas bertahun-tahun

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini