Di Manila, ribuan umat islam berkumpul di taman terbesar di ibu negara Filipina sambil membawa makanan untuk dikongsi bersama keluarga, sebagai tanda berakhirnya Ramadan dan bermulalah aidilfitri. Kira-kira 2 ribu orang awam berkumpul di Quirino Grandstand kira-kira pukul 6 pagi waktu tempatan. Di selatan Cotabato, pejabat ketua menteri di wilayah autonomi Islam itu mengedarkan makanan kepada ratusan orang yang menghadiri solat pagi. Presiden Rodrigo Duterte turut mengisytiharkan 5 jun sebagai hari cuti sempena sambutan aidilfitri. Menurut data rasmi, enam peratus daripada 100 juta penduduk Filipina beragama islam.
Utama Edisi Semasa