Susulan hujan lebat beserta angin kencang yang melanda Perlis, malam tadi.

Sehingga ini, 50 rumah rosak akibat struktur rumah dan bumbung diterbangkan angin serta dihempap pokok tumbang.

Menurut Exco Kebajikan dan Bantuan Bencana Negeri, Ruzaini Rais, 18 kawasan di Perlis terjejas.
 
Antaranya Kuala Perlis, Pauh, Ulu Pauh, Padang Siding, Batu
Bertangkup, Sungai Padang, Kayang, Titi Tinggi, Batu Hampar dan Alor Tampang.
 
Selain itu, Simpang Sanglang, Padang Keria, Sungai Baru, Simpang Empat, Titi Tinggi, Guring, Sungai Padang dan Behor Empiang.
 
Tinjauan dan bancian bagi mendapatkan anggaran sebenar kerosakan dan jumlah rumah terlibat masih dilaksanakan berikutan masih ada penduduk belum membuat laporan polis.
 
Bantuan bagi membaiki kediaman dan keperluan berkaitan akan disalurkan segera pihak MAIPs dan Jabatan Kebajikan Masyarakat selepas semua laporan diperoleh.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini