Ringgit dijangka diniagakan secara berhati-hati berbanding dolar Amerika minggu ini. Ketua Ahli Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan Amerika diramal menaikkan sekali lagi kadar faedah sebanyak 0.5 mata bagi mengurangkan inflasi.

Khamis lalu, Bank Pusat Eropah turut memaklumkan akan menamatkan skim pembelian bon 1 Julai ini, sekali gus memberi petunjuk kenaikan kadar faedah akan berlaku mulai bulan hadapan.

Keadaan itu turut memberi kelebihan kepada dolar yang ketika ini mencatat 103 mata dalam Indeks Dolar Amerika.

Dolar berbanding ringgit dijangka akan kekal didagangkan sekitar RM4.39 dan RM4.40 minggu ini. Bagi minggu baru berakhir, ringgit diniagakan dalam jajaran kecil berbanding dolar dalam persekitaran jangkaan prospek ekonomi yang mencabar dan diniagakan tinggi berbanding kumpulan mata wang utama bagi asas mingguan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini