Lebih RM5.6 juta diperuntukkan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) Perlis sepanjang tahun ini.
 
Sebahagian besar peruntukan adalah bagi program tanam semula getah. 


Menurut Pengarah RISDA Perlis, Nor Afzami Isa, selain itu lebih  RM575,000  dibelanjakan bagi peningkatan produktiviti, pemasaran dan program khas pekebun getah.
 
Manakala RM260,000 bagi aktiviti pembangunan usahawan bawah RISDA dan lebih RM82,000 lagi bagi pengembangan dan pemindahan teknologi.
 
Menerusi program pembangunan  ini, pekebun kecil mampu memperolehi purata pendapatan antara RM4,500 sebulan sekeluarga.  

Beliau menyatakannya kepada media pada Program Pekebun Makmur Peringkat RISDA Negeri Perlis di Kampung Titi Tinggi Hilir.
 
Majlis disempurnakan Exco Negeri, Azizan Sulaiman yang turut menyampaikan bantuan RISDA sebanyak RM260,000 dibawah Program Pembangunan Usahawan RISDA kepada pekebun kecil RISDA.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini